AHLAN WA SAHLAN

Monday, February 14, 2011

Kelebihan Surah Yassin

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :-
" bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan didalamnya iaitu :
1) orang yang lapar membacanya boleh menjadi kenyang
2) jika tiada pakaian akan mendapat pakaian
3) orang yang belum berkahwin akan mendapat jodoh
4) jika dalam ketakutan boleh menghilangkannya dengan membaca Yassin
5) jika terpenjara boleh dibebaskan
6) jika musafir membacanya akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya
7) jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujui
8) jika dibaca kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan siksaannya
9) jika orang dahaga membacanya nescaya akan hilang dahaganya
10) jika dibaca kepada orang yang sakit, akan terhindar dari sakitnya
11) pahala membaca Yassin adalah seperti membaca al-Quran sebanyak 10 kali
12) jika ajal pembaca surah Yassin mendatanginya,para malaikat akan berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan mayatnya dimandikan dan menyolatkan jenazahnya
13) malaikat maut tidak akan memaksa nyawa orang yang membaca surah Yassin dicabut sehinggalah datang malaikat Riduan membawa minuman dari syurga. kemudian dia akan dimasukkan dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil
14) Rasulullah juga bersabda : " sesiapa yang solat sunat 2 rakaat pada malam Jumaat, pada rakaat 1 dibaca surah Yassin dan rakaat kedua Tabarak-al-Lazi, maka Allah akan jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari hisab kelak. dia juga akan menerima buku amalan dari tangan kanan serta diberi kesempatan untuk membela 70 orang ahli dari rumahnya."

sumber : http://kakej.tripod.com/ej/id9.html

No comments:

Post a Comment