AHLAN WA SAHLAN

Saturday, December 25, 2010

Seorang kanak-kanak lelaki buta duduk di atas tangga sebuah bangunan dengan topi berada di kakinya. Dia mengangkat sebuah papan yang tertulis di atasnya : ". Saya buta, tolong bantu" Hanya ada beberapa keping duit syiling sahaja di dalam topi tersebut.

Seorang lelaki berjalan dan dia mengambil beberapa keping duit syiling dari dalam sakunya dan mengisikannya ke dalam topi tersebut. Dia kemudian mengambil papan yang bertulis tersebut, memusingkannya, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan papan tersebut kembali sehinggakan setiap orang yang melalui tempat tersebut akan melihat kata-kata baru yang ditulis itu.

Sekelip mata topi yang kosong tadi terisi dengan duit. Orang ramai bersimpati dengan keadaan kanak-kanak lelaki tersebut. Setelah petang menjelang, lelaki yang telah menukar tulisan yang tertera pada papan kanak-kanak tadi datang untuk melihat keadaan kanak-kanak itu. Kanak-kanak lelaki itu mengenali langkah kaki lelaki yang telah membantunya pada hari itu lalu dia bertanya, "Adakah pak cik orang yang mengubah papan yang saya tulis pada pagi tadi? Apa yang pak cik tulis?"

 Lelaki itu berkata, "pak cik hanya menulis apa yang benar dari apa  yang anak katakan, tetapi dengan cara yang sedikit berbeza .."

Apa yang telah pak cik tulis adalah: "Hari ini adalah hari yang indah tetapi saya tidak boleh melihatnya."

Pada fikiran anda, adakah apa yang ditulis oleh kanak-kanak itu dengan lelaki tersebut berbeza??

Jelas dan nyata bahawa keduanya menyatakan bahawa kanak-kanak itu buta . Tetapi apa yang ditulis oleh kanak-kanak itu hanya mengatakan bahwa dia seorang yang buta, tetapi lelaki tersebut pula mengatakan kepada orang ramai bahawa mereka sangat beruntung mereka tidak buta. Perlukah kita terkejut bahawa apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut lebih berkesan atau maksud yang hendak disampaikan oleh lelaki itu lebih menarik perhatian
?

Firman Allah s.w.t:  Dan dialah yang Telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur [ surah al-mukminun,78]