AHLAN WA SAHLAN

Monday, February 14, 2011

9 Mimpi Rasulullah s.a.w

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
" sesungguhnya aku mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..
1) aku melihat seorang dari umatku didatangi malaikat maut dalam keadaan yang menggerunkan untuk mengambil nyawanya tetapi terhalang oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2) aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan tetapi diselamatkan oleh BERKAT WUDUKNYA YANG SEMPURNA
3) aku melihat seorang dari umatku dikerumuni syaitan dan iblis laknatullah tetapi diselamatkan oleh BERKAT ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KERANA ALLAH
4) aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang dibuat daripada api neraka Jahannam yang mana dimasukkan besi itu dari mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya oleh malaikat Ahzab tetapi terlepas seksaan tersebut darinya kerana SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK
5) aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat sangat, setiap kali mereka mendatangi 1 telaga dihalang dari meminumnya. ketika itu datanglah PAHALA PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH memberi minum padanya sehingga puas.
6) aku melihat umatku cuba mendekati para nabi yang sedang duduk berkumpulan tetapi diusir dari mendekatinya. menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA menyebabkan dia boleh duduk disebelah mereka
7) aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadan gelap gelita disekelilingnya dan dia dalam keadaan bingung, maka datanglah PAHALA HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH yang mengeluarkan cahaya yang terang benderang
8) aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan mukmin tetapi tidak dibalas bicara mereka lalu menjelmalah SIFAT SILATURAHIM DAN TIDAK SUKA BERMUSUHAN SESAMA UMAT menyeru kepada golongan tersebut agar menyambut bicara mereka dan berbicara dengan mereka
9) aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya. datanglah PAHALA SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH menabiri muka dan kepala mereka dari terkena percikan api tersebut

sumber : http://mannster.wordpress.com/2008/06/16

No comments:

Post a Comment